SEORANG bapa telah membeli 2 biji buah mangga lalu diletakkannya buah tersebut di atas meja. Tiba-tiba ank bongsunya meluru dan mengambil sebiji buah mangga yang besar. Kemudian abangnya tiba lalu mengambil sebiji buah mangga yang kecil.
Lalu abangnya berkata " Adik tak patut buat begitu.kalau adik pilih buah mangga yang besar, ini menunjukkan bahawa adik adalah seorang yang tamak."
Kemudian adiknya pun bertanya, " kalau abang sampai dulu, mangga yg mana satu akan abang ambil?"
Jawab abangnya, "tentulah mangga yg kecil."
Adiknya tersenyum seraya berkata, "kalau begitu abang sudah pun dapat apa yang abang hajatkan. Ambil sahajalah buah mangga yg kecil itu."
Bapa kanak2 tersebut senyum melihatkan kebijaksanaan anak bongsunya itu..
No comments:
Post a Comment