Popular Posts

Monday, May 13, 2013

Tanamkan sikap pemaaf dalam diri ;)

   Untuk menjadi pemaaf bukan senang bagi segelintir orang.. lebih2 lagi untuk memaafkan seseorang yang dah bnyak sakitkan hati kita.. tapi sampai bila kita nak jadi pendendam kan?? takder guna pun.. bukan dapat duit malahan lebih lagi yg kita dapat.. dosa.. hahhaa.. mau ke?? hehhee.. oke la.. tak baik jadi pendendam.. cukup ajalah sekadar benci akan perbuatan seseorang itu.. tapi maafkanlah orang itu.. itu lebih baik.. jiwa kita pun mungkin tenang lepas kita da maafkan seseorang ni.. yelah, manusia mana la tak penah buat silap kan.. jadikannya sebagai satu pengajaran yang bermakna untuk kita.. tanamkan sikap pemaaf terhadap orang lain.. itu lebih baik... :)
   Di dalam Al-quran, terdapat begitu banyak ayat-ayat tentang sifat yang mulia ini. Antaranya ialah;
Mendapat keampunan daripada Allah SWT.
وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ‌ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ
"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)
Mendapat redha Allah SWT.
فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ
"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah(atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim". (Asy-Syura [42] : 40)
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh (jahil atau tidak mengetahui)
(Surah Al-A'raf 7: Ayat 199)

*nasihat untuk diri sendiri renungan bersama ;)

Merinduinya :'(

Assalamualaikum..
   Da genap 3 tahun rupanya insan yang ku sayangi meninggalkan kami sekeluarga... hurm.. terasa seperti semalam ayah berada di samping kami sekeluarga.. gelak ketawanya serta gurauannya masih ku ingat... kadang2 ketika berada di rumah sorang2, aku masih terasa dan terdengar suara ayah memanggilku serta bergurau dengan aku... Ya Allah, kadang2 rasa macam mimpi jer.. kehilangan yang tak disangka2... Ayah pergi macam tu jer... kami sekeluarga mendoakan ayah.. rindu kat ayah... :'(
*semoga ayah tenang di sana.. anakmu selalu merinduimu ayah... AL-FATIHAH*

Thursday, April 25, 2013

mencari dan terus mencari

ok... nmpaknya da seharian aku try pikir camne nak buat belog bagi lawa sikit... sesungguhnya ia memeningkan kepala... oke,.. aku mmng cepat putus asa... terutamanya lam hal yg mlibatkn nak hias bagai... oke.. mmng jelous la sikit tengok belog org lain nmpak lawa.. trpikir gak... mula2 korang ni blajar dri mana nk ubah suai belog ni... oke... memang memeningkan kepala.. dan aku akn try lagi mencari walaupun aku taw lastnya aku akn rasa hmpa dan dengan sendrinya akn mula mnutup lappy aku lalu baring di katil kesayangan... hahahhaha... oke... takpe... at least aku try la jugak cari pasal nk ubah belog ni.. maklum la da bersarang... oke oke... jumpa lagi.. wink wink... jyyyeeaaahhh ^_^v

Thursday, November 22, 2012

GELAK LAIN MACAM~~

WALAUPUN DALAM HIDUP KITA PENUH DENGAN KESEDIHAN, KADANG-II KITA CUBA UNTUK BUAT-II HEPI SEBAB TAK NAK ORANG TAU KITA SEDIH... *PEDIHNYA*
KALAU TENGOK KAWAN KITA GELAK LAIN MACAM TU SEBENARNYA KITA PATUT TAU, ADA BENDA YANG DIA SIMPAN.. TAPI UTK GEMBIRAKAN/ TUTUP DIA PUNYA KESEDIHAN, DIA AKAN KETAWA JER.. KADANG-II BENDA YANG KITA BUAT LAWAK TAKLAH LAWAK MANA PUN... HEHEEE...
#CUBA MEMAHAMI PERASAAN ORANG  ^_^

SAHABAT SEJATI ^_^

ada kawan kadang-kadang kita hepi.. kadang-II buat kita rasa marah, sedih, geram n semua perasaan ada.. kalau cakap pasal kawan semua orang ada kawan.. kawan kat facebook, twitter, ym, mfb, dan kat mana-II leh cari kan?? tapi kawan sejati (SAHABAT) semasa susah senang bersama tu susah.. 

Cuba tengok la masa kita susah seramai mana yang berada di samping kita.. tak banyak kan?? kalau paling bnyak pun ada 1 - 3 orang.. yang lain hanya pandai cakap jer nak tolong.. hakikatnya...*paham-II ler* 

Kadang-II kita sanggup buat apa sajer utk bantu kawan kita.. tapi kawan kita tak pernah nampak n tak pernah nak hargai.. mesti ada kan yang macam tu?? hehee.. *sabo jelah* yang penting kita tolong dengan ikhlas.. dia nak hargai k tak biarlah...;'(

Cubalah tengok dan ingat kembali, kawan mana yang seharusnya dianggap kawan sampai mati.. kalau kawan yang berkawan ngan kita untuk KESENANGAN, lebih baik tinggalkan (ignore) jer orang macam tu.. hehee.. tu bukan kawan namanya.. 

Kadang-II ada kawan kita tu kat depan kita semuanya nampak baik... blakang kita saper tau.. so, jika kamu semua ada kawan yang betol-II boleh dipercayai, jagalah dia... kawan yang slalu menolong kita adalah SAHABAT sejati kita yang betol-II.. hargainya... 

HARGAINYA itu bukan sekadar cakap sajer... buktikan anda begitu mengHARGAI DIA.. jangan lukakan aty sahabatmu yang tlah bnyak MEMBANTUMU ketika dalam kesusahan... 

#TERINGAT BEKAS KAWAN :( #

update terbaru yawww... :)

ASSALAMUALAIKUM... 
yeah...akhirnya dapat juga aku meng'update' blog yang dah lama berhabuk ni.. heheee.. walaupun aku rasa bukan ada pun manusia yg tegok/ baca belog aku ni takpelah.. biarlah aku 'menggila' sorang2... heheee.. ^_^ itu lebih baik..

skarang da habis belajar da.. tunggu sijil kluar jer.. lama la plak menunggu sijil diploma ni.. bila da habis blajar tak tau nak buat pe dah... so, duk umah jaga anak buah jelah... *hidup bahagia* ;)

-HARAP SEMUANYA DALAM KEADAAN SIHAT SLALU-

Monday, August 27, 2012

PRAKTIKAL

ASSALAMUALAIKUM....

praktikal suda skarang...pejam celik pejam celik mau abis suda blajar... yeaaahhh... lpas ni abis blajar keja...:)