Popular Posts

Monday, March 28, 2011

KEKASIHKU ALLAH SWT

KEKASIHKU

Nak share tentang KEKASIH aku ? ( aku type huruf besar tu sebab aku terlampau
sangat sayang kat DIA )

Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya!

Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong
sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan.

Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA à direct!!! Yang bestnya tu, bila
aku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan?

Ish, beruntung betul dapat kekasih macam ni… tak pernah nak sakitkan hati
aku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul
– betul rasa DIA tu dekat kat hati ini! Ye laa, cinta punya pasal kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku. Sebab, kalau
aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam lah aku dapat.

Tak kiralah, material ke… spiritual ke… emm memang kekasih sejati lah tu!

Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu.

Macam-macam nasihat ada kat dalam tu, siap bagi example lagi nak bagi aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller lah masa tu. Ye laa, cinta
bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je.

Tapi, kekasih aku yang ni,lain, DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frust
tu.

Siap bagi semangat lagi, DIA tak de jeolus pun. Cuma aku je yang jeolus ngan
DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha
betul-betul

Kata orang putih.. what you give, you get back…so, kalau aku usaha lebih sikit,
aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect. Tu yang
kadang-kadang aku tengah-tengah malam… area pukul 3 – 4 pagi tu pun, kalau aku
terjaga, sure aku akan contact DIA. Rindulah!!!

Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya… billionaire… millionaire… dan ntah apa-apa naire
lagi.. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…
caya tak? Free of charge… tapi aku tak sedap hati la.. mestilah kena hargai apa
yang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke, tak suka ke,
amik aje la… pastu pandai-pandailah membalas budi. Itu yang buat aku sanggup
berkorban apa sahaja… cheewah!

DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh, kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab,
KEKASIH aku ini memang bijak+cerdik+genius+ etc…

DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah
sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm… aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA
lagipun, belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nanti
mesti jumpa. Sekarang menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takut!
Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang
DIA tak suka.

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la
kat aku kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa yang
dia sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!! Ish!
Rindu sangat-sangat dah ni!!!!!!!



KEKASIHKU… AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…. WALAU NYAWA
DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA SUCI INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK
PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA……



ITULAH KEKASIHKU… ALLAH S.W.T … CINTA TERAGUNGKU…

Wednesday, March 9, 2011

10 petanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, March 7, 2011

wanita ialah makhluk manusia yg kedua setelah ADAM A.S

         TERDAPAT dlm penciptaan Hawa dari Adam ayat-ayat dan hadis-hadis. Berikut ialah ringkasan perkataan ahli tafsir dan pensyarah hadis padanya:

        Allah Taala berfirman pada permulaan Surah An-Nisaa':
        "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yg telah menjadikan kamu (bermula) dri diri yg satu (Adam), dan menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa)."

        Firman Allah lagi:
        " Dia lah (Adam) yg menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yg satu, dan ia mngadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri) , utk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain."

Sunday, March 6, 2011

diari ari ni....

URM...pagi yg ckup indah...brsyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bersama2 pada pgi yg  indah ini (eh tringt kat skolah plak ucapan pagi perhimpunan)..hahhahahah...
        huh,mata harini xbleh nk bukak sngt sbab smalam tido lewat kul 3.30 pagi dek krna tgok cter kat tv3...hu8...trima lah akibatnya..mata dah la mmng kecik,xbleh bkak plak tu....awal2 pagi kul 6 pgi dah bgun sbb dpaksa....hahhaha...tu pom susah gler nk bgun...bgun kul 6 pagi tp bgun jer bkn gerak pom dri katil..hahahahahha...kul 6.30 pgi bru la start solat....liat jugak nk bgun..haiaaiiihhh....siap2 solat subuh,hntar akakku yg comel k USM kubang kerian...(dalam keadaan mngantuk yg terlampau tu aku cuba sdaya upaya mmbuka mataku yg comel ni dgn plahan2...) prasan mata comel konon...hu8...bwak pom laju la jugak bgi cpat ckit...(bahaya jgn ditiru)...p/s: lain kali tido la lewat lagi..hu8
        Dalam pjalanan tu, aku tgok la skeliling ni...mmng bnyak jugak keta yg kluar pagi...jem giler...rugi xbawak roti jer mase tu...jem straberi ada dah...hahhaha....apa yg aku mrepek aku pom xtau....dalm lbih kurang 16 mnit,smpai la kt USM..mne xcpt smpai lau aku bwak 110 km per sjam...(tp,laju2 aku tgok tmpat jugak)lau tmpat yg kna bwak 60 tu bwak 60 la...(serik kna saman aritu...duit ptptn mlambung rm300)...hahahhaha...p/s:jgn bwak laju kat dpan istana..bhaya...polis suka sngt la saman keta kat situ...
       slpas hntar akakku,dlm pjalanan pulang ke rumahku,terlihat di tepi2 jalan....msih ade budak skolah yg xpegi skolah..padahal dah kul 7.50 dah mse tu..tp ade yg duk mrokok tepi jalan..isk2...xdop kijoan ker nk buat...mak bapak hntar pi skolah blajar...bkn blajar cara2 nk mrokok...apa la punya bdak...mak bapak susah pyah cri duit nk tanggung prskolahan dia..tp,dia wat sia2 jer...ade yg prempuan plak, bapak hntar pakai elok2 jer nampak...bila trun je dri kerta @ motor bapak,bapak pergi je...huh,anknya pun melencong ke lain....ada tu siap tukar pakaian kat stesen2 yg brhampiran pastu tunggu org TERSAYANG ambik...ksian kat mak bapak diorang kna tipu...bkn nk jaga tepi kain org,just ingin mnceritakan bnda yg kita tgok...dah2 la tu...ubah la prangai...dosa tu tipu org tua...xkesian k tgok mak bapak kita....p/s: sayangilah org tua anda...jgn ambil ksempatan atas kpercayaan diorang kat kita....kagumilah mereka dgn kputusan kamu nnti...kputusan yg cemerlang...psanan ini ditaja khas oleh pnaja utama iaitu sabun basuh pinggan cap kelapa..hahahhaha

muSUH @ kaWAn???

KITA lebih senang diperdaya olediperdaya oleh kawan daripada musuh, sebab musuh selalu kita jauhi dan awasi. Sebab itu kadang- kadang lebih selamat ada musuh daripada ada kawan...

GARPu & sUDu

KONONNYA di suatu hari seorng profesor keturunan Mat Saleh dari England telah melawat Malaysia dan dalam kunjungan itu dia sempat menziarahi kawannya,seorang anak Malaysia tulen di sebuah kampung di pendalaman Selangor.
          Berbuallah mereka tentang bermacam perkara. sebagai manusia yg dilahirkan dalam rumpun bangsa yang tidak mementingkan kiasan-kiasan.  Tiba-tiba berkatalah Profesor itu, " saya rasa orang di Malaysia ini agak bodoh!"
         "Kenapa tuan bercakap begitu?" tanya anak Malaysia yang cukup respect pada mat saleh itu.
          "Mereka kebanyakan makan dengan tangan dan bukan dengan sudu dan garpu. Bukankah sudu dan garpu direka khas utk kemudahan manusia dan mengelakkan tangan kita dari kotor sewaktu makan. Agaknya orang kat sini memang suka kotor-kotor tak??"  tanya Profesor itu lagi.
          " Saya juga hairan mengenai orang inggeris dan suku-sakatnyadi barat tuan!" tiba-tiba berkata pulak ank Malaysia itu.
         "Ngapa??"
          Bukankah org di sana makan dengan menggunakan sudu dan garpu, jadi kenapa dalam kes korek hidung dan korek telinga mereka tiru kami disini. Kenapa tak pakai sudu dan garpu??" tanya ank Malaysia itu, dan terdiamlah sang Profesor tersebut sambil membuat keputusan nak memendekkan lawatannya!... 

KAPAN

WAK:  kenapa kamu sedih cOt???
COT :  Isteri saya meninggal...
WAK:  kapan???
COT :  sudah dikapan dan sudah masuk dalam tanah...

suka duka sEM 2 di kIST

SUNGGUH banyak pngalaman yg kita saling lalui mase sem 2 ni....tak terkira...pahit,manis pngalaman tu....ada sampai blaku perselisihan faham antara kita sehinggakan tidak bertegur sape...tp,itu semua kerna kita smua adalah KAWAN...ada jugak perselisihan paham antara lect ngan plajar...(kita ar tu)...hahhahaha...xder ar,smua plajar intake jun...shinggakan ade kakak senior menggelarkan KITA dengan panggilan "PELAJAR GLAMOR" (biadap ngan lect)...tp tu smua hnyalah salah paham yg berlaku...biadap2 kita pun, kumpulan kita still lgi ttap ade rasa HORMAT kat semua lect...kumpulan kita still bg tumpuan kat plajaran walaupun hati mase tu dah luluh bagai daun yg berguguran...(ayat berbunga tuh)..hu9...huh,nsib baik benda ni xberlarutan apabila kumpulan kita telah bersepakat utk buat face to face dgn lect..ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan ngan lancar apabila kita dah tau masalah yg sebenar yg berlaku...semuanya hnyalah salah faham...(khabar angin oleh mulut org yg xleh dpercayai)...lega rasenya apabila msalah ngan lect selesai pada hari itu...hu8
          PADA SEM 2 ni,bertambah pulak GENG RAYYAN ...hu8...ain syafiqah(kecik hyper) n fida (joyah) dikenali dgn lebih rapat oleh anggota kumplan kami. lame2 mmng rapat giler2 la...semua masalah kumpulan kami,dikongsi bersama2...susah senang dihadapi bersama2 kumpulan ni....xsiment same2 buat...walaupon kumpulan xsiment lain2, tp kami still same2 buat xsimen dalam satu kumpulan..(susah sama susah,senang sama senang) btul ke ayat aku tu??? urm,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing...hu8...hope,kita tetap bersama2 sampai akhir sem ni okay...he3...(sampai ke ujung dunia bak kata lagu dirly)...INSYAALLAH...
         MINGGU penghantaran xsiment...huh,mmng bagai nk giler tahap dEWA lar dikatakan...TENNNNSSSIIIOOOONNN....minggu yg paling tension..bnyak giler dugaan...ade yg jenis xbagi kerjasama dalam satu kumpulan tu....first time plak tu dtg lewat kat kelas cik LINDA...dah la kena mrah...tambah plak mase tu dia duk belak ktas xsimen pnuh (laporan) bg xsiment dia...huh,mmng habis2san la kumpulan yg diketuai oleh (AMIRUL) kna marah sbb laporan hnya 8helai mukasrt...lps tu,kumplan kami tlah mmnta maaf dri cik linda dan tlah mmnta kbnaran kt cik linda utk buat smula lporan tu...huh,dalam satu hari aku memerah keringt kat umah mmbuat xsiment tu dgn bntuan laptop aku yg xbrapa nk canggih ni...huhu...(ambil laporan dri kumpulan n cri kat intrnet ckit)....dlm satu hri sbnyak 37 m/srt lau xslap aku bt...mmng upgrade hbis2san la lpas kna mrah...nk mnunjukkan kumpulan kami xlemah....NAH,AMBIK...37 m/srt dri 8 m/srt...huhuhu..bngga la tu...ALHAMDULILLAH...dgn izinNYA...dpt aku siapkan...thanz bt kumplan aku jugak...tp buat ktua kami...urm...nk ckp thanz pom serba salah...nsib baik ahli kumplan kitaorg ni baik hati lgi tau...xckp pkara yg sebenr...pe2 pom,xpe la,,,..pkara da lpas..kami halalkan...p/s:lpas ni hrp kerjasama dri smua pihak ek...hu9
          SAMPAI jer nk final exam, kita study same2...saling bantu membntu....saling nasihat menasihati (kalau yg jenis liat nk membaca)...bila seorang tu tak dapat jawab exam,yg lain msti xleh jawab jugak...ni smua sbb satu kumpulan bca benda yg sama...oleh tu,lau bab yg kita bca xkluar jd semua org xleh nk jawab la..hahhahaha....
         SEM 2 ni kita saling MASAK (bkn masak ikan k masak apa) dengan perangai masing2...aku dikenali ngan name syifa,fadhilah..maklumlah bnyak sngt gelaran nama...hahahha...seorng yg suka merajuk(mngaku),sensitif terlebih (nk brgurau ikut tmpat), mudah trasa sngt, lambat nk gelak (korang jer tau mcm mne cara aku start gelak)....hahahha...mmng aku ni plik ckit...tp itulah diri aku yg sebenar....korang je tau mcm mner prangai aku...n mcm tu jugak aku...:D jgn jdi hipokrit....:)
         AKU sbagai bkas setiusaha pnari kebudayaan...(mcm cter HKLBR aka hantu kak limah blik rumah)hu8....aku hrap kita smua lulus n trus maju dlm final exam...INSYAALLAH....xde antara group kita yg kna repeat paper.....itu jer luahan aty aku stakat ni...huhu....aku syg bngt kat korang smua...:D
AJA AJA FIGHTING...
f0R my truly frenz....hu8
ikin,adda,ila,ida,k.teh,ain kecik hyper,bella,niey,fida,aten n smua bebudak psikologi intake jun...hu8
SENYUM SOKMO....
ps dri aku yg comel lg cute ni: h0pe psahabatan kita akan trus kekal...okay....btahanlah dgn sikap aku yg slalu mrajuk ni....mrajuk aku ni kjap jer...paham2 la...:D
         
        

batu HIKMAT

CANTIK itu hanya muncul apabila ada yg buruk, tetapi kalau semuanya cantik, maka kecantikan tidak bernilai lagi, dan kalau semuanya buruk, maka keburukan itu tidak pula dianggap tidak bernilai. Begitu juga kalau semuanya cantik dan cuma satu sahaja yg bruk, maka yg buruk itu lbih brnilai dan dberi prhatian istimewa; dan kalau semuanya buruk dan hanya satu yg cantik, lalu yg cntik itu dianggap aneh dan cacat!! Sebab itu kalau kita cantik, janganlah menyombong diri dan kalau kita buruk janganlah merendahkan diri.....dalam kubur semuanya sama belaka!!

kebijaksanaan ank b0ngsu

SEORANG bapa telah membeli 2 biji buah mangga lalu diletakkannya buah tersebut di atas meja. Tiba-tiba ank bongsunya meluru dan mengambil sebiji buah mangga yang besar. Kemudian abangnya tiba lalu mengambil sebiji buah mangga yang kecil.
          Lalu abangnya berkata " Adik tak patut buat begitu.kalau adik pilih buah mangga yang besar, ini menunjukkan bahawa adik adalah seorang yang tamak."
          Kemudian adiknya pun bertanya, " kalau abang sampai dulu, mangga yg mana satu akan abang ambil?"
          Jawab abangnya, "tentulah mangga yg kecil."
          Adiknya tersenyum seraya berkata, "kalau begitu abang sudah pun dapat apa yang abang hajatkan. Ambil sahajalah buah mangga yg kecil itu."
          Bapa kanak2 tersebut senyum melihatkan kebijaksanaan anak bongsunya itu..

coretan....

SEORNG isteri yg cantik molek lagi jelita terperanjat besar apabila melihat salah seorang kenalan suaminya tercegat di hadapan pintu rumahnya dengan duit RM700.
          "berikan kepada aku sekali kucupan dan aku akan berikan RM700 ini!" kata kenalan suaminya itu.
          Isteri itu berfikir sebentar....sekali kucupan untuk rm700; why not!
          Petang itu suami wanita tersebut pulang dan terus bertanyakan samaada kenalannya itu datang ke rumah. " Ada..." jawab isterinya tergamam kerana takut suaminya tahu perbuatannya.
          "Mengapa abang?"
          "Katanya hendak bayar hutang abang; RM700. Ada kau terima tadi?"