Popular Posts

Thursday, September 15, 2011

Walaupun “~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, ~”
INGATLAH...yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaa siin d pusara kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"jadi
jangan menyusahkan "YANG LAIN" DENGAN perangai kamu
yang "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN" 
- dikongsi dari rakan.....

BILA aku terlihat AYAT ni aku teringat satu pngalaman.....PERNAH x bile korang tegur sseorng tu utk kebaikan dia akan jawab seperti kenyataan @ ayat di atas?? hahah...msti pnah kan....ayat yg paling biasa kita dgr..."alaaaa.....lex ar beb...KUBUR LAIN2 la....DOSA pun LAIN2...." aku BESAARRRKAN PUNYA AYAT yg PENTING tu....msti pnah kan??? sbb aku pom pnah....

kat sni benda yg aku nk cakap, ya....BETUL kita semua KUBUR LAIN2 N DOSA POM LAIN2....tp....sudah jd tnggungjwb kita ssama umat la tegur bnda yg utk kbaikkan....xkn la nk biarkan seumat ngan kita ni bt menda yg xbaik....cuba la bfikiran rasional ckit....da la bt bnda yg da xelok da...pastu bila ssorg tu tgur, kamu jwb @ mmberi jwapan sebegitu rupa....tidakkah kurang diajar begitu.....hurm...so,...pikir2kanlah...kita hidop ni xlama..so, bila org tgur utk kbaikan tu trima la tguran tu, bukan dgn mmberi alasan begini sayangku......:) 

AAARRIIIOOOSSSS!!!!! :)
Surah al-Qiamah , ayat 1-19:


"Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)."


"Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"


"Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu)."



"Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)...

Wednesday, September 14, 2011

sekadar utk ketawa....lawak gler...;)


Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:habih :.
dipetik dari sumber luar la...ni bukan cter aku pom...huhu.....

CINTA PARAS RUPA....(CINTA KECANTIKAN)

Gadis : Kenapa awak ikut saya ni ?
Lelaki : Saya tak tahu.. Awak cantik sangat.. Saya rasa , saya dah cintakan awak, Gadis : Hmm , awak tak jumpa lagi kawan saya , dia lagi cantik dari saya..
Lelaki : Hmm ?
Gadis : Dia ada di belakang awak...
Lelaki : *pusing* Tak ada siapa pon..
Gadis : Kalau awak betul2 cintakan saya , tak mungkin awak akan pusing ! *cintailah seseorang itu seadanya & bukan kerna paras rupa :)



P/S:CINTAKAN PARAS RUPA N KECANTIKAN XKAN BERTAHAN PUN...KRNA KECANTIKAN KAT MUKA NI BUKAN KEKAL SMPAI BILE2...CINTAILAH SSEORG KRANA HATINYA PADA ALLAH, CINTANYA PADA ALLAH, SEGALANYA PADA ALLAH....;)